Sports massage for the Achilles Tendon

Tendon Achilles merupakan tendon terbesar dan yang paling kuat di dalam sistem otot manusia. Ia merupakan tendon yang sangat penting sebagai sistem sokong ketika kita berjalan, berlari, melompat tau pelbagai aktiviti fizikal yang lain. Hampir separuh daripada semua kecederaan yang berkaitan dengan sukan melibatkan tendon Achilles atau pergelangan kaki. Penyebab ini disebabkan oleh penggunaan berlebihan, trauma atau lebih kerap berlaku apabila terdapat peningkatan atau perubahan aktiviti secara tiba-tiba.

Gambar 1 : Kedudukan Tendon Akiles

gambar 2 : Tendon Akiles mengalami kecederaan

Gambar 3 : Urutan untuk Tendon Akiles yang cedera

Berikut merupakan antara gejala Tendon Akiles anda cedera:

  • sakit di atas tumit anda
  • Sukar untuk menolak ketika berjalan
  • Tidak berupaya memusingkan kaki (pergerakan plantar fleksi dan dorsi fleksi)
  • Tendon anda lembut, kaku dan bengkak

Bagaimana untuk diagnosis kecederaan pada tendon Akiles?

Dua situasi perlu dikenalpasti apabila anda mengalami sakit pada bahagian tumit:

a) Achilles Tendon Rupture

b) Achilles Tendon Degeneration (dikenali sebagai Achilles Tendonosis)

Rawatan untuk kedua-dua kecederaan adalah berbeza; maka anda perlu berjumpa dengan doktor pakar untuk membuat diagnosis yang betul. Rawatan dan pemulihan bagi kedua-dua kecederaan juga berbeza. 


Rawatan Konservatif untuk kecederaan ringan

  • Rehatkan kaki anda dan letakkan pek ais di atasnya selama 15-20 minit pada satu masa.
  • Elakkan meletakkan tekanan pada kaki anda dengan menggunakan tongkat ketiak
  • Kompres(balut) kaki anda dengan menggunakan pembalut elastik di sekitar betis dan pergelangan kaki untuk mengurangkan bengkak.
  • Tinggikan kedudukan kaki anda (lebih kurang 6cm - 10cm) dan letakkan di atas bantal ketika anda sedang duduk atau berbaring
  • Lakukan senaman regangan dan pengukuhan seperti yang diarahkan oleh doktor atau ahli fisioterapi anda

Klik untuk menonton video contoh urutan pada kecederaan tendon Akiles.



**Amaran. Blog SAINS SUKAN STPM mengandungi maklumat umum tentang keadaan kesihatan dan rawatan. Sekiranya anda mengalami sebarang masalah perubatan, anda perlu mendapatkan rawatan perubatan segera dari doktor anda atau ahli kesihatan profesional yang lain. 

Previous Post Next Post