Kokol Haven Resorts ( KHR) terletak di Bukit Kokol yang merupakan salah satu tempat yang unik di daerah Kota Kinabalu. Anda tidak perlu bersesak ke Kundasang kerana di sini anda akan merasa suasana seperti di Kundasang, Sabah. Terletak pada ketinggian 2400 Kaki dari paras laut di Banjaran Crocker dengan suhu 24-26°C. Seronok berada di sini kerana pemandangan semulajadi yang sangat cantik, anda boleh melihat seluruh bandaraya Kota Kinabalu yang indah, dengan awan strato cumulus, stratus, nimbostratus, kumulusnimbus....sangat cantik😊, suhu dan flora fauna yang indah...itulah sebabnya disebut haven barangkali...tempat orang healing la pendek katanya😊. Anda boleh melihat sunset di bahagian sayap sunset dan sunrise di bahagian sayap sunrise.
Tidak rugi ke sini..kalau berperluang ke Kota Kinabalu...jangan lupa singgah ke sini...lebih kurang 20km dari bandar KK.