KADAR NADI : JENIS-JENIS KADAR NADI

 


ISTILAH KADAR NADI YANG PERLU DIKETAHUI OLEH PELAJAR SAINS SUKAN

Terdapat 4 jenis kadar nadi (KN) yang perlu diketahui:

i.                Kadar Nadi Rehat (KNR)

ii.              Kadar Nadi Maksimum (KNM)

iii.             Kadar Nadi Simpanan Maksimum (KNSM)

iv.             Kadar Nadi Latihan (KNL)

 

Kadar Nadi Rehat (KNR)

*   Kadar nadi Ketika individu tidak melakukan apa apa aktiviti fizikal. Bacaan paling tepat diambil ketika waktu bangun tidur. Tujuan pergiraan kadar nadi rehat ini adalah untuk menilai tahap kecergasan kardiovaskular kita.

*     KN individu yang tidak cergas ialah melebihi 80/min.

*     KN bagi individu cergas ialah antara 70 - 80 seminit.

Kadar Nadi Maksimum (KNM)

*   Kadar nadi maksimun ialah dengan menolak umur daripada angka 220 dimana 220 telah ditetapkan oleh ahli-alhi fisiologi senaman sebagai satu angkatap.

*     KNM adalah tahap maksima jantung dapat menanggung beban kerja.

*     220d.s.m merupakan anggaran kadar nadi bayi seminit ketika dilahirkan.

*     Mendapat kadar nadi maksima ialah menolak 220 dengan umur

*     Formula : (KNM = 220-umur)

Kadar Nadi Simpanan Maksimum (KNSM)

*     formulanya: Kadar Nadi Maksimum ditolak dengan Kadar Nadi Rehat (KNM – KNR = KNSM) - Contoh: KNR = 72 Jadi KNSM ialah 200 – 72 = 128

Kadar Nadi Latihan (KNL)

*     Tetapkan dahulu peratus (%) KNM yang hendak digunakan: (antara 60% - 90%)

*     Formulanya: KNL = [(KNM – KNR) x 60%] + KNR
Kaedah karvonen Umur: 18 tahun
KNR= 88 denyutan

KNL pada kadar 70% hingga 80%

*     KNL(minimum)= [(KNM – KNR) x 70%] + KNR

*     = [(202 – 88) x 70%] + 88

*     = (114 x 0.7) + 88

*     = 79.8 + 88 = 167.8/168 d.s.m

 

*     KNL(maksimum)= [(KNM – KNR) x 80%] + KNR

*     = [(202 – 88) x 80%] + 88

*     = (114 x 0.8) + 88

*     = 91.2 + 88 = 179.2/179 d.s.m

Jumpa lagi!


Previous Post Next Post