PEMBELAJARAN MOTOR | MOTOR LEARNING

APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PEMBELAJARAN MOTOR 



Satu proses dalaman yang pelbagai rupa di mana satu perubahan yang agak kekal akan wujud     hasil daripada latihan yang kerap bakal menyediakan satu perubahan yang jelas disebabkan oleh kematangan.

Pembelajaran motor merupakan pertumbuhan tubuh badan sejak dari lahir sehingga proses kematangan dari kecil hingga dewasa.

Dalam sukatan pelajaran tingkatan enam; terdapat dua model/teori yang dikaitkan dengan pembelajaran motor.


     1. Model Fitts dan Posner - 3 fasa pembelajaran
Fasa Kognitif merujuk kepada atlet yang baharu hendak mempelajari kemahiran-kemahiran     dalam sukan yang diceburi itu akan cuba mengenalpasti secara keseluruhan konsep kemahiran motor. Mereka akan mengumpulkan sebanyak mungkin maklumat daripada persekitaran latihan atau permainan, kemudiannya diubahsuai mengikut kemampuan dan kefahaman masing-masing.  Dalam fasa ini, banyak persoalan/pertanyaan atlet yang dikemukakan kepada jurulatih. Jurulatih pula banyak memberi demonstrasi kemahiran asas kepada atlet pemula.

Fasa Assosiatif ialah kita mendapati bahawa tahap persembahan atau performance atlet baharu akan menjadi lebih konsisten. Atlet baharu ini sudah menguasai kemahiran dan meliputi  bagaimana bahagian pergerakan lakuan motor itu berkaitan antara satu sama lain. Kesilapan     menjadi berkurangan dan sentiasa membaiki kelemahan yang ada untuk menghasilkan kemahiran yang lebih tinggi.  Atlet cuba membetulkan kesilapan melalui "trial and error". Semakin kurang pertanyaan dan mula menguasai kemahiran dan teknik asas sukan yang diceburi.
Fasa Autonomi merujuk kepada atlet yang sudah mahir. Kita mendapati bahawa perubahan  dalam prestasi akan menjadi kurang ketara dari masa ke semasa. Segala pergerakan lakuan  motor atlet seolah-olah berlaku secara automatik, lebih stabil, dan tanpa mengalami sebarang kesukaran. Atlet boleh mengesan kesilapan dan memperbaiki kesilapan tersebut. Peranan jurulatih lebih kepada fasilitator/pembimbing.






2. Model Gentile (1972, 1987) - 2 tahap pembelajaran
Model gentile mempunyai dua peringkat pembelajaran dan sangat bermakna kepada dua  kumpulan iaitu kepada mereka yang belajar tentang kemahiran sukan dan mereka yang  profesional dalam bidang tingkah laku motor.
 
1. Peringkat Pertama  
Dikenal pasti untuk mendapatkan idea pada peringkat pergerakan motor (Getting the idea of the movement)”, merangkumi konsep umum pergerakan motor yang menganjurkan kepada matlamat kemahiran. Atlet-atlet mesti menentukan kesesuaian maklumat yang boleh mengawal atau mempengaruhi pergerakan motor semasa dalam permainan.
        
2. Peringkat Kedua
Peringkat penetapan dan peringkat kepelbagaian (Fixation/ diversification) mencadangkan bahawa terdapat dua cara di mana kemahiran pembelajaran boleh diteruskan berdasarkan kepada permintaan tugasan. Jika ia merupakan satu kemahiran tertutup (closed skill) yang memerlukan pengulangan yang konsisten tindakan yang sama, maka ia dianggap sebagai penetapan (fixation). Jika ia adalah satu kemahiran terbuka (open skill) yang memerlukan kepelbagaian tindakan, maka ia dianggap sebagai kepelbagaian.
Kemahiran tertutup (closed skills) - adalah kemahiran-kemahiran yang mempunyai persekitaran yang stabil, mempunyai sedikit sahaja perubahan dalam persekitaran dan atlet itu sendiri yang mengawal keadaan persekitarannya.
Kemahiran terbuka (open skills) - merupakan kemahiran-kemahiran yang berkait rapat antara persekitaran dengan atlet atau perubahan objek. 
Previous Post Next Post