PERAYAAN TAHUN BAHARU CINA + DUSUN SABAH.

SELAMAT TAHUN BAHARU CINA 2023!



 Sejak hampir 23 tahun lalu, sambutan Tahun Baharu Cina buat saya sememangnya lebih unik lagi lebih meriah walaupun saya dari etnik DusunKadazan Sabah yang telah berkahwin dengan suami yang berbangsa cina Teow Chew dari Pulau Pinang. Setiap tahun kami akan kembali ke Pulau Pinang merayakan perayaan besar keluarga suami. Paling seronok ketika makan besar malam sebelum Tahun Baru Cina (New eve dinner).

Sebelum berkahwin, saya tahu tetapi tidak mengenali dengan lebih mendalam akan sambutan Tahun Baru Cina tetapi kini sudah terbiasa meraikannya, malah saya sangat menggemari beberapa makanan tradisi masyarakat suami saya ini.

Mak cik kepada suami saya berketurunan nyonya Pulau Pinang; oleh itu hidangan makan semasa perayaan lebih kepada menu masakan nyonya yang pedas...sangat sesuai dengan cita rasa saya.

Masakan Ikan masak Asam Pedas
Masakan Kari Ikan Masin

Budaya memberikan angpow kepada anak-anak dan mereka yang belum berkahwin juga sangat seronok dan dinanti-nantikan oleh ahli keluarga khususnya dari pihak keluarga saya yang tidak ada amalan memberikan angpow setiap kali perayaan.






Kepada semua rakan dan pelajar; selamat menyambut perayaan Tahun Baharu Cina 2023! 
On the joyous occasion of Chinese New Year 2023, I hope you have a party to remember and a feast to enjoy.” “May this Chinese New Year be pleasant and prosperous for you, your family, and your friends.” May the love of God be upon you. May the upcoming year be filled with all the blessings and joy you need to enjoy it.


regards : Ticer Rita



Previous Post Next Post