SOALAN ULANG KAJI DAN SKEMA JAWAPAN BAB 1 : SOSIOLOGI SUKAN

 Soalan ulang kaji dan skema jawapan bab 1 : sosiologi sukan

Bahagian A [30 markah]

Jawab semua soalan dalam bahagian ini.

1(a) Nyatakan dua peranan institusi pendidikan sebagai agen sosialisasi sukan. [2]

  • pendorong kepada ahli keluarga atlit
  • sebagai idola kerana aktif
  • **Jawapan yang sesuai boleh diterima
1(b)Nyatakan kesan sosialisasi sukan terhadap perpaduan kaum di Malaysia. [3]

  • merapatkan jurang antara kaum
  • memupuk sikap hormat-menghormati
  • mengeratkan hubungan antara kaum.

**Jawapan yang sesuai boleh diterima

2(a) Nyatakan ciri-ciri yang terdapat dalam sesebuah carta organisasi sukan. [2]

  • ada gambar rajah menunjukkan hubungan dalam organisasi
  • terdapat kedudukan jawatan kakitangan mengikut keutamaan

**Jawapan yang sesuai boleh diterima

2(b) Nyatakan kepentingan sesebuah carta organisasi sukan. [6]

  • membezakan organisasi formal dan tidak formal
  • dapat memahami aliran arahan
  • dapat melihat spesifikasi tugas setiap kakitangan
  • dapat memperkenalkan AJK lebih spesifik
  • menjadi panduan pemilihan AJK akan datang
  • memberi panduan kepada pelawat yang berurusan dengan AJK tertentu

**Jawapan yang sesuai boleh diterima

3(a) Nyatakan dua konsep asas kesukanan. [2]

  • sukan
  • main
  • permainan

3(b) Nyatakan sumbangan konsep kesukanan dalam memupuk integrasi kaum di Malaysia. [5]

  • menggalakan saling mengenali antara individu
  • memupuk semangat kesukanan
  • menggalakan kerjasama
  • memupuk bertolak ansur
  • membina kepimpinan

**Jawapan yang sesuai boleh diterima

4(a) Nyatakan konflik peranan yang dihadapi oleh atlet wanita di Malaysia.[3]

  • sebagai suri rumah dan atlet
  • ibu dan pengurus/pegawai sukan
  • ibu dan jurulatih
  • anak perempuan dirumah tetapi aktif dipadang

***Jawapan yang sesuai boleh diterima


4(b) Nyatakan tiga penyertaan wanita dalam sukan dapat membantu untuk memperjuangkan persamaan taraf dalam sukan. [3]  

  • memperbanyakkan jawatan untuk wanita
  • memberi anugerah atau penghargaan atau ganjaran kepada wanita
  • libatkan wanita sepenuhnya dalam sukan
  • memperkenalkan sukan yang dimonopoli oleh lelaki dan wanita

Jawapan yang sesuai boleh diterima

            4(c) Nyatakan tiga peranan media untuk meningkatkan pelancongan sukan. [3]

  • publisiti
  • iklan
  • hak penyiaran
  • penajaan
  • hub siaran
  • pelapor maklumat
  • pemasaran

Jawapan yang sesuai boleh diterima

4(d) Jelaskan cara pelancongan sukan dapat meningkatkan ekonomi Negara.[3]

  • peningkatan pertukaran wang asing
  • penginapan di sektor perhotelan
  • pengangkutan seperti penerbangan
  • perniagaan seperti produk sukan
  • industri insuran
  • teknologi sukan (inovasi atau kreativiti)
  • hiburan (tempat rekreasi)
  • cukai (pungutan cukai)
  • pelaburan (litar sepang)

Jawapan yang sesuai boleh diterima


Previous Post Next Post