Konvensyen pembelajaran digital ini akan menyemarakkan lagi usaha mengetengahkan pembelajaran digital sebagai medium pengajaran dan pembelajaran yang berpotensi dan sesuai dengan kecenderungan era revolusi industri 4.0 (IR4.0)
Pengalaman Covid-19 menjadi pengalaman yang menyedarkan kita bahawa pembelajaran digital itu sewajarnya diperkasakan. Ini bersesuaian dengan teras ke-7 Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu ke arah revolusi pembelajaran digital.
Objektif Konvensyen pembelajaran digital 2023 ini meningkatkan kesedaran mengenai potensi dan manfaat menguasai pembelajaran Digital sebagai medium alternatif PdP. Platform ini juga mendorong warga pendidikan untuk meningkatkan kompentensi dan kepakaran dengan pengiktirafan antarabangsa. Obektif seterusnya mempromosi medium alternatif pembangunan profesionalisme berterusan melalui pendekatan secara online seperti e-learning atau e-coaching. Konvensyen Pembelajaran digital ini sebagai medium mengemaskini pengetahuan dan perkembangan terkini dalam industri pembelajarab digital melalui perkongsian pintar dan amalan terbaik.
Kami seramai 13 orang Guru Peneraju Generasi Digital (GPGD) Sabah dari jalur kompentensi Youtuber di bawah naungan Akademi Youtuber telah berkerjasama memberi sumbangan sebagai penceramah, teknikal, moderator dan pempamer sepanjang konvensyen ini.
Saya telah diberi peluang untuk berkongsi atas talian bagaimana platform YouTube membantu pendidikan masa kini. Ia merupakan pengalaman yang sangat bermakna kerana jumlah tontonan mencecah 24,000 view! Terima kasih Akademi Youtuber ((AYU) yang telah banyak membimbing saya dari dalam proses 'zero to Hero'.
Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang dan bukan pada masa peperiksaan atau cuti sekolah untuk memberi peluang kepada pelajar untuk membuat lawatan pameran inovasi yang terbaik.