TERUJA BERJUMPA MENTERI PENDIDIKAN!

Pertama kali berjumpa menteri pendidikan Malaysia yang baharu; YB Fadhlina Sidek membuat perasaan saya amat teruja. Beliau seorang yang sangat peramah dan mempunyai personaliti yang sangat menarik. Kami dari kumpulan guru peneraju generasi digital (GPGD) jalur kompentensi YouTube sangat gembira dan teruja dengan kehadiran yang berhormat menteri ke reruai kami GPGD YouTube sempena majlis penutupan Konvensyen Pembelajaran Digital 2023 yang buat julung kalinya dianjurkan pada peringkat kebangsaan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dengan kolaborasi KPM, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi negeri Sabah, Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Yayasan Guru Tun Hussien Onn (YGTHO).

dari kanan: YB Fadhlina Sidek, Chekgu LK (Nurlisa Kamba), Tice Sairo, Cg Norsinah, Ticer Rita (Saya) dan cikgu MJ (Mat Julih bin Talip)
Oppss....walaupun umur dah remaja klasik...tapi mengambil kesempatan menyelit di dalam gambar yang diambil oleh rakan-rakan. Kenangan sepanjang berkhidmat dalam dunia pendidikan bergambar bersama menteri dan berdiri rapat dengan beliau. Perasaan bangga atas peluang yang memang jarang malah mungkin sekali dalam seumur hidup.

Menteri Pendidikan juga sempat menurunkan tandatangan di dalam buku pelawat kami yang akan menjadi kenangan seumur hidup. 

Di dalam gambar di atas anda boleh melihat kumpulan GPGD Sabah yang terdiri daripada jalur kompentensi YouTube, Google, Microsoft dan Apple bergambar bersama menteri. Jelas terpancar dalam gambar rasa teruja setiap guru yang sempat bergambar bersama menteri.


Saya juga mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Akademi Youtuber kerana memberi kami ilmu yang sangat berharga dalam dunia digital seiring dengan agenda Pendidikan ke arah pendidikan digital negara, JPN Sabah khususnya En. Rahim yang memberi saya peluang berkongsi "YouTube membantu Pendidikan" dalam sesi perkongsian secara atas talian, juga kepada ketua GPGD YouTube Sabah Pn. Nurlisa Kamba (Chekgu LK) yang banyak berkorban masa dan memberi kami bimbingan sepanjang konvensyen ini berlangsung.

Semoga kami diberi peluang lagi pada masa akan datang untuk memberi sumbangan.


Bersama kita menyahut cabaran agenda pendidikan digital negara. #pembelajarandigital
 



 


Previous Post Next Post