Klasifikasi Sendi Berdasarkan Struktur
Sendi merupakan tempat pertemuan dua atau lebih tulang yang bersebelahan. Ia boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu sendi fibrous, sendi kartilaginous(rawan/kartilej) dan sendi sinovial.
1. Sendi Fibrous : sendi dihubungkan antara satu sama lain oleh jaringan fibrous. Terdiri dari tiga jenis iaitu :
a. Sutur
Sendi ini tidak terdapat rongga sendi. Hubungan antara tulang adalah rapat dan dihubungkan oleh jaringan fibrous yang sangat kuat. Sendi Fibrous jenis Sutur terdapat di bahagian kepala.
b. Sindesmosis
Sindesmosis banyak membentuk jaringan pengikat. Contohnya sendi di antara hujung distal tulang tibia dan fibula.
c. Gomphosis
Sendi Gomphosis adalah jenis sendi fibrous yang terdapat di antara akar gigi yang bersendi dengan alveoli (soket) rahang.
2. Sendi Kartilaginous/Kartilej/Rawan : Sendi yang dihubungkan oleh kartilej. Terdiri daripada dua jenis iaitu:
a. Sinkondrosis
Sinkondrosis merupakan sendi yang dihubungkan oleh tulang rawan hialin. Contohnya sendi antara costa dan sternum.
b. Simfisis
Tulang rawan yang mengisi rongga sendi adalah lapisan kartilej fibrous yang nipis. Contohnya adalah sendi diantara vertebrae dan di antara tulang pubis.
3. Sendi Sinovial :
Hujung tulang diselaputi oleh rawan kartilej. dan kaviti sinovial mengandungi cecair yang disebut cecair sinovial yang mengandungi asid hialuronat yang dihasilkan oleh membran sinovial. Ia berfungsi untuk mengurangkan geseran dan menyerap hentakan antara tulang.
Struktur pergerakan terdiri daripada monoaxial, biaxial dan triaxial(multiaxial). Terdapat enam jenis iaitu sendi lesung, sendi engsel, sendi pivot, sendi kondiloid/kondil, sendi gelongsor dan sendi pelana.
Selamat belajar!