SENTUHAN KASIH | PELAJAR STPM SEMESTER 2 KTEKK

Salam sejahtera pengunjung blog Ticer Rita sekalian. Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda salah satu program yang dilaksanakan di kolej kami untuk meningkatkan motivasi pelajar-pelajar semester 2 yang akan menduduki peperiksaan STPM pada bulan September nanti.


Isu paling kritikal di kolej adalah masalah kehadiran pelajar ke kolej. Salah satu faktor yang menyebabkan isu ini agak kritikal adalah kedudukan geografi kolej yang agak jauh dari jalan raya utama dan pelajar yang tidak mempunyai kenderaan terpaksa berjalan kaki sejauh 1.6km dari jalan utama ke kolej.

Walau bagaimanapun; pihak pentadbir kolej berusaha untuk memotivasikan pelajar untuk terus tekad hadir ke kolej dengan pelbagai program yang telah dilancarkan sewal Januari tahun ini seperti Program 3H (Hari-Hari Hadir), Program ganjaran kehadiran awal ke kolej, Program Kolej Penyayang termasuklah program hari ini "Sentuhan Kasih".



Program kali ini lebih fokus kepada apa tujuan utama pelajar menyambung pelajaran ke tingkatan enam dan hala tuju pembelajaran di tingkatan enam.


Sesi ini dipecahkan kepada kumpulan yang lebih kecil iaitu hanya dua bilik kuliah dipanggil dalam satu sesi agar mesej utama yang disampaikan oleh pengetua kolej dapat dicakna oleh pelajar.


Semoga pelajar terinspirasi dan mendapat sentuhan untuk terus berjuang sehingga tamat pengajian mereka di kolej Tingkatan Enam Kota Kinabalu ini dengan pencapaian yang cemerlang.


Pelajar dari BK1 sedang fokus mendengar ucapan pengetua kolej


Belajar merupakan satu kewajiban bagi para pelajar; bukan sekadar di sekolah tetapi pembelajaran berlaku di mana-mana dan bila-bila masa. 

Belajar dengan bersungguh-sungguh dan tidak mudah putus asa merupakah salah satu kunci untuk mencapai prestasi yang membanggakan. 

Namun, ada ketikanya motivasi belajar dalam diri mulai pudar dan merosot akibat pelbagai masalah yang dihadapi pelajar. Masalah utama adalah rasa malas, kehilangan gairah, serta putus asa. Semoga program ini dapat mengatasi masalah seperti yang disebutkan di atas ...kalau bukan sekarang bila lagi? Kalau bukan anda, siapa lagi?



Pelajar BK 2 semasa sesi 1 dalam Program Sentuhan Kasih 2023


Kami warga kolej tetap akan menyokong dan membantu anda untuk berjaya! fighting!

Previous Post Next Post