CONTOH SOALAN STPM SAINS SUKAN SEMESTER 2

 


CONTOH SOALAN ( STPM 2014) - kumpulan 1

1.       Sistem endokrin membantu memastikan tubuh badan berfungsi secara optima dengan mengawal atur pelbagai aktiviti fisiologi. Ini dicapai apabila kelenjar merembeskan hormon khusus untuk bertindak balas secara fisiologi.

a.       Nyatakan tiga kepentingan hormon dalam sistem endokrin yang dapat meningkatkan prestasi atlet. [ 3 markah ]

b.       Perihalkan jenis hormon , organ sasaran dan dua tindak balas yang berlaku bagi situasi yang berikut: [12 markah]

                                                               i.      Pengelakan penyahhidratan melampau

                                                             ii.      Peningkatan kekuatan otot hasil daripada latihan bebanan

                                                           iii.      Metabolisme sistem tenaga 

CONTOH SOALAN (STPM 2014) kumpulan 2

2.       Indeks pencemaran udara pada tahap 150 dikategorikan sebagai tidak sihat dan boleh menjejaskan sistem respiratori manusia. Hidung merupakan satu daripada sistem respiratori luaran yang terganggu akibat pencemaran udara tersebut.

a.       Perihalkan  empat fungsi struktur hidung dalam sistem respiratori.                                     [ 8 markah]

b.       Jelaskan bagaimana kecerunan tekanan separa (partial pressure gradient) oksigen dan karbon dioksida mempengaruhi proses pertukaran gas dalam peparu dan tisu.                                   [ 7 markah ]

CONTOH SOALAN (STPM 2014) - kumpulan 3

3.       Pengetahuan tentang jenis regangan seperti statik, balistik dan proprioceptive Neuromuscular Facilitation (PNF) penting untuk meningkatkan fleksibiliti anggota badan atlet.

a.       Lengkapkan jadual di bawah.    [ 3 markah ]                                                                                                  

Jenis regangan

Takrifan

Pergerakan

Contoh aktiviti

Statik

Regangan pada satu kedudukan yang tetap dalam satu jangka masa

 

 

 

 

 

Menolak ke dinding

Balistik

Penggunaan momentum dan pantulan untuk mengetahui keupayaan diri.

 

 

Pergerakan secara perlahan

 

 

 

PNF

 

 

 

 

 

 

 

Regangan ke tahap maksimum dan kekal secara isometrik dengan disusuli rehat aktif dan diulangi dengan regangan ke tahap maksimum seterusnya.

 

Duduk dan jangkau

 

b.       Jenis regangan yang manakah paling berkesan untuk meningkatkan fleksibiliti atlet?   

[ 1 markah ]

c.       Nyatakan tiga justifikasi bagi jawapan anda di (b). [ 3 markah ]         

                               

CONTOH SOALAN (STPM 2014)- kumpulan 4                     

 4.       Setelah  menjalani program latihan fizikal berintensiti sederhana sebanyak empat kali seminggu untuk tempoh enam bulan, seorang atlet dapat meningkatkan keupayaan prestasi aerobiknya.

a.       Nyatakan empat faktor yang dapat membantu meningkatkan keupayaan prestasi aerobik atlet ini.[ 4 markah ]

b.   Berikan dua perbezaan fisiologi hasil latihan kekuatan otot dan daya tahan otot.                    [ 4 markah ]

CONTOH SOALAN STPM 2014) kumpulan 5  

1.     Latihan aerobik dapat meningkatkan prestasi pelari jarak jauh. Peningkatan prestasi ini adalah berkaitan dengan penyesuaian fisiologi seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah.

Latihan

Elemen fisiologi

Penyesuaian fisiologi

Implikasi prestasi

Aerobik

Kadar nadi rehat

Penurunan kadar nadi rehat

•    Membantu fasa pemulihan

•    Membantu mengekalkan tahap

•    Mempercepatkan fasa transisi

      untuk latihan seterusnya

 

 

Berdasarkan jadual di atas, perihalkan penyesuaian fisiologi, kesan senaman latihan aerobik dan implikasi prestasi atlet bagi elemen fisiologi yang berikut:

(i)         Isi padu strok

(ii)        Keluaran jantung

(iii)       Pengambilan oksigen

(iv)       Metabolisma tenaga aerobik

(v)        Kadar nadi latihan                                                                                                         [15]


CONTOH SOALAN STPM 2014) kumpulan 6  

 

1.     Proses kelangsungan hidup melibatkan organisasi struktur badan. Organisasi ini merupakan satu sistem yang saling berkaitan dalam memastikan tubuh badan dapat berfungsi dengan sempurna.

(a)   Nyatakan dua organisasi yang terdapat dalam struktur tubuh badan manusia.                                   [2]

 (b)   Apakah yang dimaksudkan dengan homeostasis dalam proses kelangsungan hidup?                 [2]

 (c)   Nyatakan empat mekanisme kawal atur yang bertanggungjawab terhadap homeostasis dalam sistem pernafasan manusia.


Previous Post Next Post