AMALI 1 : PENGURUSAN SUKAN (STPM 966/1)

 Pelajar Sains Sukan Ticer Rita untuk Kohort 2023 telah berjaya dengan cemerlang menyelesaikan amali 1 Pengurusan Pertandingan Sukan sesuai dengan keperluan dalam Sukatan Pelajaran Sains Sukan STPM Semester 1 sesi 2023.

Mereka telah menganjurkan Pertandingan Bola Baling Lelaki Tertutup untuk peringkat Kolej Tingkatan Enam Kota Kinabalu. Sebanyak enam pasukan telah menyertai pertandingan ini dan diletakkan dalam dua kumpulan A dan B. Sistem Liga 2 Kumpulan digunakan untuk memberi kepuasan kepada pasukan dan mengasah potensi setiap pemain sepanjang pertandingan dilaksanakan.


Amali 1 ini melalui 3 proses iaitu perancangan aktiviti atau program, pelaksanaan program dan pelaporan ativiti yang telah dilaksanakan.


Pelajar telah menyediakan buku program, jadual pertandingan dan merancang bajet untuk keperluan sepanjang aktiviti berlangsung.
Kerjasama dan kesepaduan setiap ahi dalam kumpulan masing-masing telah berjaya melaksanakan amali ini tanpa gangguan yang terlalu banyak.












Previous Post Next Post