Pada 24 Mac 2025 yang lalu, satu surat pekeliling SPI Bil.3 Tahun 2025 telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia yang menyatakan garis panduan pemakaian lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam murid di institusi pendidikan bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Pemakaian lencana Jalur Gemilang ini berkuat kuasa serta merta pada 21 April 2025. Anda boleh membaca lebih terperinci surat pekeliling tersebut di sini : KLIK SURAT PEKELILING SPI BIL.3 2025
Di antara objektif pemakaian lencana Jalur Gemilang ini adalah:
- Meningkatkan Semangat Patriotisme : membangkitkan rasa cinta dan bangga terhadap negara dalam kalangan murid.
- Memupuk Perpaduan : melambangkan perpaduan antara murid dari pelbagai kaum, budaya dan latar belakang di Malaysia.
- Menonjolkan Identiti Kebangsaan : mencerminkan identiti kebangsaan dan dapat menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan murid.
- Mewujudkan Sikap Bertanggungjawab dan Berdisiplin : mendidik murid tentang sikap bertanggungjawab dan berdisiplin; bukan sekadar hiasan tetapi simbol penting yang perlu dihormati.
- Sebagai Tanda Penghormatan Terhadap Negara: murid menyatakan kesetiaan mereka kepada negara dan nilai-nilai yang terkandung di dalamnya.
- Memupuk Perasaan Bangga Terhadap Negara : meningkatkan rasa bangga murid terhadap negara seterusnya menjadi individu yang berjaya pada masa hadapan.
Berikut merupakan panduan dalam keseragaman pemakaian lencana Jalur Gemilang di institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
Layari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia