Apa khabar anda semua? Ticer Rita harap anda semua berada dalam keadaan yang baik dan semakin teruja merayakan Hari Raya Puasa yang bakal tiba beberapa hari lagi.
Hari ini Ticer Rita ingin berkongsi tentang pelaksanaan sukatan pelajaran baharu untuk subjek Sains Sukan peringkat STPM. Ini digunapakai oleh pelajar-pelajar ambilan baharu untuk sesi akademik 2025/2026.
Topik yang akan dipelajari sepanjang semester 1 adalah seperti berikut:
Bab 1 : Sosiologi Sukan (4 sub-topik akan dicakup dalam bab ini)
- 1.1 Pengenalan Sosiologi Sukan
- 1.2 Integrasi dan Polarisasi Kaum Dalam Sukan di Malaysia
- 1.3 Sukan dan Ekonomi
- 1.4 Etika dan Salah Laku dalam Sukan
Bab 2 : Kesenggangan dan Rekreasi (4 sub-topik akan dicakup dalam bab ini)
- 2.1 Pengenalan dan Aktiviti Rekreasi
- 2.2 Faktor Penggalak dan Faktor Penghalang Penglibatan Individu dalam Aktiviti Rekreasi
- 2.3 Pengurusan Risiko
- 2.4 Perkhemahan
Bab 3 : Kejurulatihan Sukan (8 sub-topik akan dicakup dalam bab ini)
- 3.1 Pengenalan kepada Kejurulatihan Sukan
- 3.2 Peranan dan Tanggungjawab Jurulatih
- 3.3 Kualiti Jurulatih
- 3.4 Etika Kejurulatihan
- 3.5 Kemahiran Asas Kejurulatihan
- 3.6 Gaya Kejurulatihan
- 3.7 Kaedah Latihan
- 3.8 Program Latihan
Bab 4 : Psikologi Sukan ( 7 sub-topik akan dicakup dalam bab ini)
- 4.1 Pengenalan Psikologi Sukan
- 4.2 Personaliti
- 4.3 Kebangkitan, Kebimbangan dan Stres
- 4.4 Motivasi Dalam Sukan
- 4.5 Keagresifan dalam Sukan
- 4.6 Kesepaduan Pasukan
- 4.7 Tumpuan
Jumlah keseluruhan topik yang akan dipelajari sepanjang Semester 1 berdasarkan sukatan pelajaran baharu ini ialah sebanyak 23 sub-topik
Untuk mendapatkan atau memuat turun sukatan pelajaran baharu ini guru dan pelajar boleh lah :KLIK DI SINI
Ticer Rita berharap maklumat ini dapat membantu anda membuat keputusan sama ada memilih atau tidak subjek Sains Sukan STPM sebagai subjek elektif anda!