SUMBANGAN BAKUL RAMADHAN OLEH DATUK DR ROLAND CHIA

 SUMBANGAN BAKUL RAMADHAN OLEH DATUK DR ROLAND CHIA

Program Bakul Ramadan Kolej Tingkatan Enam Kota Kinabalu adalah satu inisiatif yang sangat bermakna kepada pelajar-pelajar kolej sempena bulan Ramadhan ini.



Inisiatif oleh Datuk Dr Roland Chia  ini bertujuan untuk memberikan bantuan makanan dalam bentuk hamper kepada pelajar dan keluarga mereka yang mungkin memerlukan sokongan tambahan. Secara tidak langsung program seperti ini dapat memupuk nilai bekerjasama, saling menyokong satu sama lain dan mempromosikan nilai kebajikan dalam kalangan warga kolej. Ini juga dapat meningkatkan kesedaran tentang kepentingan nilai memberi dan membantu sesama dalam komuniti.


Program seumpama ini juga dapat mengeratkan hubungan antara kolej dengan komuniti setempat, dengan melibatkan pelajar, guru, ibu bapa, dan masyarakat di samping meningkatkan usaha kebajikan bersama. Selain itu ia merupakan salah satu langkah untuk mempromosikan Kolej Tingkatan Enam kepada masyarakat sekitar dan Malaysia umumnya.


Kolej juga menggalakkan sumbangan dana dan barang-barang makanan dari guru, ibu bapa, dan komuniti setempat untuk diserahkan kepada pelajar yang memerlukan. Bakul Ramadan mengandungi pelbagai barang makanan asas seperti beras, gula, tepung, minyak, makanan dalam tin, dan makanan segera lain. Bakul Ramadan disalurkan kepada semua pelajar yang beragama Islam. Datuk Dr Roland Chia juga telah melaksanakan program yang sama iaitu Bakul Krismas pada tahun lepas (2024) untuk pelajar-pelajar yang bukan beragama Islam. 


Program ini memupuk nilai-nilai kemanusiaan, kebersamaan, dan kebajikan dalam kalangan pelajar, guru, dan masyarakat kolej. Dalam ucapan Datuk Dr Roland Chia ada pelbagai jenis bantuan yang boleh diperoleh oleh pelajar dalam melanjutkan pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi.


Pihak kolej mengucapkan ribuan terima kasih kepada Datuk Dr Roland Chia dan rombongan di atas usaha murni membantu pelajar kolej selama ini. Terima kasih datuk!

Semoga lebih banyak lagi program lain yang membantu kemenjadian pelajar atau menghargai kemenjadian pelajar pada masa akan datang.

Previous Post Next Post