Bab 6 dalam sukatan pelajaran Sains Sukan STPM (966/2) merupakan topik berkaitan Anatomi dan Fisiologi.
Apakah yang dimaksudkan dengan anatomi?
Anatomi ialah cabang sains yang mengkaji struktur tubuh manusia, haiwan, dan tumbuhan.
Asal kata : ἀνατέμνω anatemnō (Bahasa Yunani)
Ana & Temno maksudnya membedah/memotong/memisahkan. Ia melibatkan penjelasan terperinci tentang bagaimana bahagian-bahagian tubuh tersusun, termasuk organ, tulang, otot, dan tisu. Ia boleh dibahagikan kepada:
1. Anatomi Regional (kedudukan geografi bahagian tubuh)

2. Anatomi sistem (fungsi dan kedudukan serta hubungkait satu bahagian tubuh dengan yang lain)
3. Anatomi Makroskopik: Kajian struktur tubuh yang boleh dilihat dengan mata kasar, seperti jantung, paru-paru, dan tulang.
4. Anatomi Mikroskopik: Kajian struktur yang hanya dapat dilihat dengan mikroskop, seperti sel dan tisu.
Aras-aras organisma
Aras Kimia : Tubuh terbentuk dripada unit-unit kecil yang dikenali sebagai atom.
Aras Sel : Gabungan atom-atom yang membentuk molekul seperti molekul air, karbon dioksida dan molekul yang lebih makro contohnya karbohidrat, protein, lemak. Sel mempunyai pelbagai fungsi seperti pengangkut nutrien dan oksigen, tindak balas metabolisme dan menyingkirkan karbon dioksida.
Aras Tisu : Sekumpulan sel yang secara bersama menjalankan fungsi khusus yang sama. Contohnya tisu epitelium, tisu saraf, tisu otot, tisu penghubung.
Aras Organ : Gabungan dua tisu atau lebih yang membentuk organ merupakan struktur diskrit. Kebanyakan organ mengandungi keempat-empat tisu contohnya jantung, ginjal, hati. Organ menjalankan fungsi khusus contohnya jantung berfungsi untuk mengepam darah.
Aras sistem : Gabungan beberapa organ yang berbeza bagi menghasilkan tugas-tugas tertentu. Contohnya sistem digestif melibatkan organ gaster, usus kecil, usus besar, rektum.
Aras organisma : Aras yang tertinggi merangkumi kesemua aras untuk mencapai kesejahteraan hidup. Badan manusia merupakan satu organisma yang mengandungi banyak sel khas yang bersama-sama menunjukkan ciri-ciri benda hidup.
Contoh soalan STPM
Soalan 3 STPM 2017
Sel ialah unit yang paling kecil yang terdapat dalam tubuh badan manusia dan mempengaruhi prestasi latian seseorang pelari jarak jauh.
(a) Nyatakan empat fungsi sel untuk meningkatkan prestasi larian seseorang pelari jarak jauh. [4]
(b) Berikan empat jenis tisu yang menyokong pergerakan seseorang pelari jarak jauh. [4]
Anda boleh tulis jawapan dalam ruang komen!