DASAR PENDIDIKAN WAJIB SEKOLAH MENENGAH : KPM GUBAL RANG UNDANG UNDANG

Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek, telah menekankan kepentingan memperluaskan pendidikan wajib ke peringkat menengah bagi menangani isu kehadiran dan keciciran pelajar. Beliau menyatakan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bercadang membentangkan Dasar Wajib Pendidikan Sekolah Menengah dalam sesi Dewan Rakyat pada Februari 2025. Langkah ini bertujuan memastikan semua pelajar menyelesaikan pendidikan menengah mereka, sekali gus meningkatkan kualiti pendidikan negara.

YB Fadhlina menekankan usaha berterusan KPM dalam memastikan kehadiran pelajar ke sekolah sepanjang tahun. Program seperti Cakna Ziarah di peringkat komuniti dilaksanakan untuk memantau dan menggalakkan kehadiran pelajar, bukan hanya menjelang peperiksaan utama seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Berdasarkan data enrolmen murid sekolah rendah dan sekolah menengah di atas; menunjukkan peratus enrolmen murid ke sekolah menengah menurun ke 94.86% pada tahun lepas (2024). Di banyak negara lain, pendidikan wajib boleh berbeza dari segi tempoh dan tahap umur. Contohnya, di Finland dan Jerman, pendidikan wajib merangkumi peringkat menengah rendah.


Pendidikan Wajib di Malaysia

Di Malaysia, pendidikan wajib diperkenalkan melalui Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). Beberapa aspek penting termasuk:

  • Tahap Pendidikan Wajib – Pendidikan rendah (Darjah 1 hingga Darjah 6) diwajibkan bagi semua kanak-kanak warganegara Malaysia yang berumur enam tahun pada tahun pertama persekolahan.
  • Tanggungjawab Ibu Bapa – Ibu bapa bertanggungjawab memastikan anak-anak mereka mendapat pendidikan wajib. Kegagalan menghantar anak ke sekolah boleh dikenakan tindakan undang-undang.
  • Akses Percuma – Pendidikan rendah di sekolah kerajaan adalah percuma, membolehkan semua kanak-kanak mendapat peluang yang sama untuk belajar.
  • Pendidikan Menengah – Walaupun tidak diwajibkan secara undang-undang, pendidikan menengah sangat digalakkan, dan kebanyakan pelajar meneruskannya hingga ke peringkat SPM.

Tafsiran & konsep "Pendidikan Wajib"


Kenapa Dasar Pendidikan wajib dilanjutkan?

 Selain Dasar Pendidikan Wajib Sekolah Menengah, program Cakna Ziarah, Program Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) dan Permohonan Pengecualian Pendidikan Wajib (Home Schooling) mencerminkan komitmen KPM dalam memastikan setiap pelajar mendapat peluang pendidikan yang lengkap dan berkualiti, selaras dengan matlamat pembangunan pendidikan negara.



Previous Post Next Post