7 TERAS UTAMA KPM

Apa itu 7 Teras utama KPM untuk memperkasakan sistem PENDIDIKAN di Malaysia?


 

Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah pentadbiran Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek telah memperkenalkan tujuh teras KPM yang utama dalam sidang media khas 15 Disember 2022 yang lalu menekankan perhatian terhadap isu kemiskinan multidimensi murid daripada keluarga B40 termasuk dari aspek malnutrisi, peranti dan ruang pembelajaran.

7 teras yang dimaksudkan adalah seperti berikut: 

TERAS 1

Kementerian mahu menjadikan komunikasi antara kementerian dan sekolah lebih cekap dan telus.

TERAS 2

KPM memberi penekanan kepada aspek karamah insaniah melalui pembentukan adab, akhlak dan integriti.

TERAS 3

Memberi perhatian terhadap isu kemiskinan multidimensi murid daripada keluarga B40.

TERAS 4

Memberi perhatian kepada isu keciciran pendidikan serta masalah literasi dan numerasi.

TERAS 5

Fokus kepada kebajikan guru kerana guru adalah teras utama keberkesanan penyampian Pendidikan.

TERAS 6

Memberi tumpuan kepada usaha-usaha untuk mengubahsuai dan menaik taraf sekolah-sekolah yang mempunyai bangunan daif, terutamanya di Sabah dan Sarawak.

TERAS 7

Meningkatkan keupayaan pendidikan digital di sekolah.

Tema/slogan yang dipilih ialah “Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara dan Negara Sejahtera.

Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia