KEJURULATIHAN SUKAN






1.         Konsep Latihan

            Merupakan kegiatan fizikal dan mental yang dilakukan berterusan untuk meningkatkan kemampuan optima aspek-aspek berikut:

            1.         Fizikal                                                            3.         Taktik

            2.         Teknik                                                            4.         Psikologi

2.         Prinsip-prinsip Latihan

1.         Perbezaan individu

            Individu adalah unik dan bertindakbalas secara berlainan terhadap latihan. Faktor
            yang mempengaruhi latihan terhadap individu adalah:

            1.1       Baka (genetik)
            1.2       Kematangan fizikal dan mental
            1.3       Pemakanan
            1.4       Kerehatan/tidur
            1.5       Tahap pencapaian kecergasan fizikal
            1.6       Kecederaan atau penyakit




2.         Adaptasi

            Sistem badan perlu disesuaikan dengan intensiti dan beban fisiologi yang
            dihasilkan melalui latihan untuk mencapai kesan yang positif.
            Konsep SAID (specific adaptation to impose demand)

3.         Penambahan beban (over load)

            Sistem badan mampu menerima tekanan fizikal pada limitasi tertentu sahaja.
            Walau bagaimana pun, jika beban yang diberi telah dapat dikuasai, penambahan
            beban pada tahap yang lebih tinggi dan sesuai perlu diberikan.

4.         Pengkhususan

            Program latihan perlu khusus kepada jenis sukan yang diceburi oleh atlit. Otot dominan yang digunakan sepanjang sukan tersebut dan sistem tenaga dominan yang diperlukan dalam sukan yang diceburi. Program dan aktiviti latihan perlu dirancang sesuai dengan keperluan tenaga, jenis sukan yang diceburi oleh atlit. Pengetahuan tentang sistem tenaga yang dominan bagi sesuatu sukan akan membantu jurulatih mencapai matlamat/objektif latihan.

5.         Kebolehbalikan (reversibiliti)

            Apa yang diperolehi daripada latihan hendaklah digunakan atau diamalkan. Jika
            latihan berhenti untuk satu jangka masa yang lama, kesannya akan hilang dan
perlu dilatih semula. Biasanya nisbah kehilangan kesan latihan ialah 3:1. Bermakna jika atlit berlatih dalam tempoh 3 bulan akan mendapat kesan latihan; tetapi jika atlit tersebut berhenti berlatih selama sebulan selepas itu. kesan latihan akan hilang dan tahap kecergasan akan kembali kepada yang asal.

6.         Kepelbagaian/variasi

            Untuk mengelak kebosanan, aktiviti dalam latihan perlu dipelbagaikan. Ini dapat menambah motivasi atlit untuk berlatih di samping menjalani latihan dengan lebih seronok.

7.         Ansurmaju

            Penambahan beban ke atas intensiti, kekerapan dan jangka masa latihan perlu
            dibuat secara beransur-ansur untuk mengelakkan kesan negatif. Oleh yang
            demikian, jurulatih perlu menyimpan profail dan rekod atlit dengan kemas.
           

3.         Faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan apabila merancang program
latihan:

1.                  Matlamat dan objektif
2.                  Tempoh masa (duration)
3.                  Program sebelum, semasa dan selepas latihan
4.                  Kemudahan fizikal dan peralatan
5.                  Kewangan – elaun dan insentif
6.                  Pemakanan dan penginapan
7.                  Cuti – rehat atau sakit
8.                  Pertandingan persahabatan sebelum musim pertandingan
9.                  Jadual sesi latihan
10.             Komponen yang perlu diberi penekanan
11.             Penilaian dan rekod.


4.         Prosedur Latihan:

1.                  Kenalpasti keperluan atlit
2.                  Pilih aktiviti yang bersesuaian
3.                  Lakukan aktiviti memanaskan badan, kelonggaran dan keregangan
4.                  Tentukan tahap ambang dan beban latihan yang sesuai
5.                  Catat dan simpan rekod
6.                  Penilaian dan ubahsuai latihan jika perlu
7.                  Aktiviti menyejukkan badan
8.                  Kepelbagaian aktiviti/program
9.                  Pastikan latihan menyeronokkan/menarik minat atlit.



Anda boleh menonton video-video berkaitan topik Sains Sukan semester 3 melalui pautan ini : Sains Sukan STPM Semester 3


Semoga ini dapat membantu anda....